~*** BILA RINDU BERTAHTA ,.... di jiwa ***~



Antara definisi cinta :
  • But love is blind, and lovers cannot see. The pretty follies that themselves commit.
    ~ William Shakespeare
  • Cinta itu KOMITMEN, NALURI, SEBAHAGIAN DRPD FITRAH, SERING TERLETAK DI PUNCAK, dan SIFATNYA ALTRUISTIC (melebihkan orang lain daripada diri sendiri ).
Pandangan alim ulama’ tentang definisi cinta ini…
  • Menurut Imam al Ghazali, CINTA ialah kecenderungan jiwa yang amat kuat dalam diri seseorang kepada sesuatu atau seseorang yang lain yang boleh memberi kelazatan, manfaat dan sangat serasi dengan fitrahnya ( tabiat ).
Definisi CINTA dalam al Quran pula bagaimana ?
  • Kata cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki erti yang sama iaitu menyukai, senang, menyayangi.
Sebagaimana dalam al Quran di dalam surah Ali ‘Imran : 14 “Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada
apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-
binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).”

Dalam ayat ini Hubb adalah suatu naluri yang dimiliki setiap manusia tanpa kecuali baik manusia beriman mahu pun manusia durjana.

 

Adapun Wudda dalam al Quran di dalam surah Maryam : 96 “ Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam hati mereka kasih sayang ” jadi Wudda (kasih sayang) diberikan Allah sebagai hadiah atas keimanan, amal soleh manusia.
Dipertegas lagi dalam al Quran di dalam surah Ar Rum : 21 “ Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah ia menciptakan
untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung merasa tentram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa
kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
Macam mana dg kita hehehe ,...? Dah jelaskan makna CINTA.. Sekarang tiba masanya ana pulak nak bagi definisi CINTA ni…
  • Cinta itu indah. Cinta umpama hadiah atau anugerah daripada Allah. Cinta yang paling agung ialah cinta kepada Allah dan cinta yang kecil ialah cinta makhluk. Tetapi cinta itu akan bernilai dan besar hanya apabila disandarkan kepada Allah. Dan cinta itu selamanya indah kerana ia dicipta oleh Allah. Namun, hanya cinta Illahi yang kudambakan di saat ini.
 bicara soal cinta tak ada habisnya yah ,... hehehe . selalu asyik saja hendak di simak ,... bicara soal cinta hem ,... tentunya tak lengkap tanpa menyinggung sahabat sejatinya yaitu rindu hehehe ,... nah siapa yg sedang merindu sama yg di cinta hayooo,....???  jangan boong ya  tapi kita harus pandai2 memanage rasa rindu tu yah ,... Insya'allah . ( peringatan buat yg nulis nih hm ,......???)

YUK KITA SIMAK APA KATA MEREKA tentang RINDU
=============================================


Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an , seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya. Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :

“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.



NAH ,... SO  ,....???

 
“Buatmu gadis pengemis redha Illahi, tika titis air mata jatuh ke bumi, biarlah hanya Allah yang mengetahui, kerana hanya Dia penyembuh luka, pemberi bahagia kepada hati & naluri, sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada banyak yang melalaikan, ujian Allah datang kerana kasihNya pada hambaNya, agar iman terus meningkat, hati semakin dekat & jiwa lebih akrab denganNya.
Ya ukhti, biarkan jodohmu, biarkan dia bersedia dengan ilmu untuk memimpinmu kelak…Allah memeliharanya jika kau memelihara hubunganmu dengan Allah.

================&&&==============



"Kesalahan bukan pada sifat cinta tersebut, yang menjadi kesalahannya ialah bagaimana orang yang punya perasaan cinta itu menunjukkan kecintaannya dan kerinduannya."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar